Ahli parlimen Santubong Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dipetik oleh akhbar New Strait Times sebagai berkata tarian Zapin Sarawak kian pupus dan kehilangan identiti.

Beliau juga menyatakan bahawa tarian Zapin Sarawak tidak sama dengan Zapin Johor, dan pengaruh guru tarian yang seringkali memasukkan elemen Zapin dari kawasan luar Sarawak telah mengubah keaslian tarian Zapin Sarawak.

Untuk mengelakkan kepupusan tarian Zapin Sarawak, beliau telah menggesa peminat Zapin Sarawak bekerjasama dengan kerajaan negeri bagi membantu memelihara tarian tersebut.

Selain tarian Zapin Sarawak, Wan Junaidi turut menyatakan kerisauan beliau berkenaan seni Silat yang belau katakan turut akan pupus sekiranya tiada usaha dilakukan untuk memelihara seni tersebut.

1 COMMENT

Comments are closed.