Aplikasi pesanan Blink telah diambil alih oleh gergasi carian Yahoo. Menurut laporan dari TechCrunch, Blink merupakan aplikasi pesananan yang boleh mempunyai kebolehan ‘melenyapkan diri’ selepas dibaca oleh penerima pesanan tersebut.

Aplikasi Blink telah pada awalnya hanya dibuat untuk pengguna iOS, tetapi ianya telah melebarkan sayapnya ke Android mulai awal tahun ini dengan sekitar 100,000 muat turun di Google Play.

Blink membolehkan penggunanya berkongsi pesanan ringkas, gambar, suara dan video secara individu ataupun berkumpulan. Penggunanya boleh menetapkan tempoh masa pesanan tersebut dilihat, sebelum ianya dilenyapkan dengan menggunakan pemasa.

Aplikasi ini popular di Amerika Syarikat, dan negara-negara Arab.