Seorang wanita dalam usia 40-an menyatakan kekesalan beliau apabila pengunjung sebuah restoran di Sibu berhampiran tempat beliau diragut hanya keluar memerhatikan kejadian tersebut.

Dalam laporan yang dibawakan akhbar The Borneo Post, mangsa dikatakan telah berkata “Sibu dahulunya dihuni oleh warga yang peramah dan baik hati. Adakah semangat kekitaan itu telah hiland?”

Menurut laporan itu lagi, kejadian berlaku apabila seorang penunggang motosikal bertindak menarik beg tangan mangsa yang sedang berjalan berhampiran sebuah restoran.

Mangsa walaubagaimanapun enggan melepaskan beg tangannya dan ini telah menyebabkan beliau terheret bersama beg tangannya sambil menjerit meminta bantuan.

Jeritan mangsa dikatakan telah menarik perhatian pelanggan restoran berkenaan yang dikatakan telah keluar untuk menyaksikan kejadian. Sungguhpun demikian, tidak seorangpun penlanggan yang keluar tampil membantu mangsa sungguhpun penunggang motosikal tersebut telah turun dari motosikalnya dan mengugut ingin menghentak mangsa dengan helmet yang dibawanya.

Laporan polis dikatakan telah dibuat bagi kes ragut tersebut.