Sebuah akhbar tempatan melaporkan bahawa lelaki berumur 35 tahun dan kebawah, yang berbangsa bumiputera  dari Sarawak tidak lagi dibenarkan bekerja di Singapura.

Akhbar tersebut menyebut bahawa kerajaan Singapura melaksanakan peraturan tersebut berikutan tersebarnya kes-kes jenayah besar yang melibatkan bangsa tersebut di republik berkenaan.

Ianya juga adalah berikutan tindakan kerajaan Singapura yang ingin mengurangkan pengambilan warga asing sebagai pekerja.

Tindakan republik berkenaan dikatakan telahpun memberi impak kepada pekerja Sarawak di Singapura yang mendapati permohonan permit kerja mereka ditolak.

Sumber Berita: The Star Sarawak