Seorang wanita berusia 36 tahun disahkan mati selepas terjatuh dari tingkat 6 pusat beli belah Berjaya Times Square di Kuala Lumpur kira-kira pukul 11 pagi tadi.

Sumber dari IPD Dang Wangi menyangkal khabar angin di laman sosial mengatakan mangsa merupakan remaja belasan tahun.

Menurut sumber berita NTV7, mangsa berbangsa Cina dan dikenali sebagai Choo Czek Yeng.