Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah hari ini melancarkan aplikasi Andoid rasmi pertama universiti berkenaan.

Aplikasi yang boleh didapati di Google Play turut dikenali sebagai ‘UNIMAS Early Edition’.

Menurut laman blog KeemanXP.com, aplikasi yang boleh digunakan pada perisian Android 4.0 ke atas ini, membenarkan penggunanya mendapat maklumat terkini berkenaan universiti berkenaan melalui kaedah ‘push notification’.  Ianya juga turut mengintegrasikan kalender telefon pintar, dan memiliki kaedah  perkongsian maklumat ke media sosial yang mudah.

Aplikasi ‘UNIMAS Early Edition’ dibangunkan oleh Open Source Initiative and Advanced Technology Unit (OpSO), Centre for Information and Communication Technology Services (CICTS) universiti tersebut.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat turun aplikasi tersebut di Google Play (Link Download).

Gambar ehsan keemanxp.com