Seorang lelaki telah ditangkap apabaila didapati sedang mengintai dan merakam seorang pelajar perempuan sedang mandi dengan menggunakan kamera telefon bimbitnya.

Menurut sebuah akhbar tempatan, pelajar perempuan tersebut sedang mandi pada hari Jumaat lepas apabila menyedari bahawa seorang lelaki yang tidak dikenali sedang mengintai dan merakamnya mandi.

Mangsa yang tinggal di Riam, Miri bergegas meninggalkan bilik mandi dan keluar untuk menanggap suspek serta merampas telefon yang digunakan untuk membuat rakaman tersebut.

Menurut ibu mangsa, ini adalah insiden ketiga semenjak keluarganya tinggal di rumah tersebut sepuluh tahun lalu.

[Sumber berita]