Seorang warga Bosnia di Kuala Lumpur yang memiliki status penduduk tetap Malaysia bertindak menyaman teman wanitanya yang dikatakan menyalahgunakan spermanya bagi tujuan mendapatkan anak yang berbangsa Eropah.

Mangsa yang dikenali sebagai Ervin Ahbabovic (gambar) dilaporkan oleh beberapa media tempatan sebagai berkata bahawa teman wanitanya mempunyi keinginan seks yang amat tinggi, dan pernah bertindak membawanya melakukan hubungan seks sebanyak enak kali dalam sehari.

Menurut laporan akhbar tempatan juga, mangsa yang berbangsa 41 tahun itu mula dilayan dengan teruk, serta dimalukan apabila anaknya dilahirkan, dan mangsa pernah ditikam di tangan sekali ketika berlaku pergaduhan.

Menurut Ervin, dia pernah cuba untuk mendapatkan kembali teman wanita dan anaknya, tetapi hasratnya tidak kesampaian apabila tertuduh bertindak menyatakan bahawa dia hanya bersama mangsa kerana ingin mendapatkan anak berbangsa Eropah.

Ervin dalam pada itu menuntut RM600,000 sebagai gantirugi, serta mahu dia diakui sebagai bapa sah kepada anaknya.