Utusan Borneo melaporkan bahawa lapan suspek utama kes pembunuhan kejam, Edwin Singa, 19, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lawas semalam bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati.

Kes tersebut dibacakan di hadapan Pendaftar Kanan Majistret di sini untuk kali pertama sebelum kesemua mereka dihantar ke Penjara Pusat Limbang sekitar jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Fauzilan Abdul Aziz berkata, polis membebaskan seorang lagi suspek selepas hasil siasatan mendapati beliau tidak terlibat dalam pembunuhan tersebut.