Satu stesen radio peribadi berbahasa Cina bernama TeaFM bakal dilancarkan dan memulakan operasi pada Ogos ini.

Menurut maklumat yang kami terima, stesen radio tersebut telah membuat persiapan rapi sejak beberapa bulan yang lalu bagi memastikan ianya dapat terus ke-udara selepas dilancarkan.

Selepas dilancarkan, stesen TeaFM akan menjadi stesen pertama seumpamanya di Sabah dan Sarawak.

Adalah difahamkan bahawa TeaFM akan beroperasi di Kuching dan Kota Kinabalu sebelum ianya mengembangkan sayap ke bahagian lain di kedua-dua negeri tersebut.

Sumber: BP