Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bercadang membuka satu pusat temuduga tetap di Bintulu sebelum penghujung tahun ini.

Berita berkenaan cadangan tersebut dikhabarkan oleh Borneo Post yang memetik Setiausaha SPA Dato’ Lamien Sawiyo sebagai berkata cadangan tersebut dibuat memandangkan terdapat banyak calon berpotensi didapati di Bintulu.

Calon SPA dari kawasan pedalaman seperti Belaga, Sebauh and Tatau dijangka menikmati kemudahan pusat temuduga SPA tersebut secara langsung apabila ianya dilaksanakan kelak.

Buat masa ini, SPA mempunyai tiga pusat temuduga di Kuching, Miri dan Sibu.