Sibu bakal dilengkapi 54 CCTV

0
608

Sebanyak 54 kamera litar tertutup (CCTV) di tempatkan di beberapa kawasan strategik di sekitar pusat bandar ini bagi menangani kejadian jenayah.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Shafie Ismail berkata pemasangan CCTV itu boleh menghalang cubaan untuk melakukan jenayah kerana penjenayah sedar segala pergerakan sentiasa diawasi.

Projek pada tahun 2008 itu adalah inisiatif Majlis Perbandaran Sibu dan dilaksanakan dengan kerjasama Emastech dan sebuah syarikat telekomunikasi, Danawa serta dibantu oleh polis.

— Bernama