Jika anda meminati novel-novel Melayu khususnya dari syarikat Novelis SR Publication, anda pasti akan berminat untuk turun ke Kompleks Membeli Belah Tun Jugah, Kuching pada 18 Mac ini kerana penulis-penulis novel terkemuka Malaysia akan berada di sana untuk membuat satu sesi pertemuan dan autograf bersama peminat.

Antara penulis yang bakal hadir adalah Siti Rosmizah yang popular dengan novel “Lafazkan Kalimah Cintamu” & “7 Hari Mencintaiku”. ┬áTurut serta adalah penulis ┬ánovel cinta Izzul Izzati, Ain Marissa dan Phidot.

Maklumat lanjut berkenaan acara ini adalah seperti tertera dibawah:
Tarikh: 18 Mac 2012 (Ahad)
Masa : 2.00pm – 4.00pm
Lokasi: Atrium Tun Jugah, Tingkat Bawah

Untuk maklumat lanjut, anda boleh berhubung terus dengan pihak Popular Bookstore Tun Jugah di talian 082-412 920.