Sarawak mahu tubuh SKMM Sendiri, diberi nama SKMS

0
358

Kerajaan Sarawak sedang mempertimbangkan samada ianya perlu untuk menubuhkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sendiri yang bakal diberi nama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Sarawak (SKMS).

Adalah difahamkan bahawa tugas SKMS akan menyamai tugas yang kini dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), yakni menyelia, memantau dan mengenalpasti dasar berkaitan perhubungan komunikasi dan multimedia. SKMM kini diselia oleh Kerajaan Pusat, dengan ibu pejabatnya terletak di Cyberjaya.

Cadangan tersebut telah dibuat Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dimana beliau mahukan Sarawak mendapat lebih kemajuan di dalam bidang ICT dalam tempoh 30 tahun.

Antara harapan Abang Johari adalah untuk mempercepatkan pembinaan lebih 500 pencawang telekomunikasi di seluruh Sarawak.

Samada cadangan tersebut menjadi realiti masih menjadi tanda tanya ramai, namun ianya bukanlah rahsia bahawa Abang Johari bukanlah peminat terbesar kepada SKMM apabila beliau sering menunding jari terhadap suruhanjaya tersebut di dalam ucapannya yang berkaitan dengan rangkaian internet dan telefon timbul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here