Kerajaan Sarawak kini merancang untuk memacu negeri tersebut ke arah menjadi kuasa dunia digital dalam masa terdekat.
Untuk mencapai hasrat tersebut, Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abang Openg di IDECS menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak akan melaburkan RM1 billion bagi tujuan menaik taraf infrastruktur ICT negeri tersebut agar ianya mampu menarik minat pemain industri ICT di dalam masa terdekat.
Selain daripada itu, Koperasi Ekonomi Digical Sarawak (Sarawak Digital Economy Corporation) juga akan ditubuhkan bagi memastikan keperluan maya dan infrastuktur fizikal yang berkaitan dengan ICT, mampu diselaraskan bagi penggunaan optimum.
Sarawak juga akan membangunkan sebuah perkampungan digital bertempat di Zon Perindustrian Bebas Samajaya, yang mana zon tersebut akan turut merialisasikan Pelan Transformasi E-Dagang Kerajaan Sarawak, yang turut dikenali sebagai E-Com Y30.
E-Com Y30 adalah sebuah pelan jangka panjang untuk mepersiapkan generasi muda Sarawak dengan kemahiran digital.
Adalah difahamkan bahawa zon tersebut akan seiras Lembah Silikon di Amerika Syarikat, dengan Kerajaan Sarawak memastikan ianya dilengkapi kemudahan-kemudahan ICT yang diperlukan untuk berjaya.