Sarawak kekal sebagai destinasi paling popular di kalangan pelancong domestik apabila mencatatkan jumlah pelancong domestik tertinggi di Malaysia dengan kadar 22 peratus.

Tidak jauh dibelakang adalah Kuala Lumpur dengan catatan 18 peratus, diikuti dengan Pahang dan Johor yang masing masing mencatatkan 16 peratus daripada jumlah keseluruhan pelancong domestik.

Fakta tersebut didedahkan Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak Datuk Dr James Dawos Mamit di satu majlis pelancongan di Kuching baru-baru ini.

[Sumber berita]