Sarawak diperuntukkan jumlah terbesar bagi tujuan memastikan pilihanraya ke-13 (PRU13) berjalan besar. Mengikut laporan media, peruntukan bagi Sarawak adalah sebanyak RM78 juta, yang mana akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan pelaksanaan PRU13 akan datang.

Daripada jumlah RM78 juta tersebut, sebanyak 56.16 peratus bakal digunakan untuk tujuan penyewaan berkaitan logistik dan penginapan manakala yang selebihnya adalah untuk elaun makanan dan perjalanan.

Turut dilaporkan adalah penggunaaan sebanyak 27 helikopter bagi kawasan parlimen Santubong, Mambong, Batang Lupar, Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Tanjong Manis, Julau, Kanowit, Selangau, Kapit, Hulu Rajang, Baram, Limbang dan Lawas, serta penggunyaan 777 bot kecil, 53 bot laju, 4,600 kereta dan kenderaan pacuan empat roda.

[Sumber]
Diterjemah dan diedit Sarawak Bloggers News Tribune