Samsung mahu jual Galaxy Note 7 yang dikemaskini

1
372

Beberapa bulan lalu, skandal Samsung Galaxy Note 7 yang boleh meletup secara tiba-tiba telah mengakibatkan pembuat telefon pintar itu terpaksa menarik balik Galaxy Note 7 dari pasaran antarabangsa, dan memberi fokus kepada mengeluarkan satu lagi telefon pintar utama, Galaxy 8.

Namun, dengan Galaxy 8 kini hampir pasti dikeluarkan di dalam beberapa hari lagi, wujud pengumuman tidak terjangka apabila Samsung telah dilaporkan akan cuba menjual Galaxy Note 7 yang telah dikemaskini.

Menurut laporan yang dikeluarkan REUTERS, Samsung telah mengenalpasti bahawa letupan pada Galaxy Note 7 adalah disebabkan oleh bateri yang rosak hasil buatan dua anak syarikatnya Samsung SDI Co dan Amperex Technology.

Samsung dalam pada itu akan menggantikan bateri Galaxy Note 7, sebelum ianya dijual ke pasaran tertentu di dalam masa terdekat.

Kenyataan dari Samsung walaubagaimanapun menegaskan bahawa telefon pintar tersebut tidak akan dijual di pasaran Amerika dan India.

    neuvoo job search jobs

    1 COMMENT

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here