RA-Fi, WiFi percuma kini boleh dinikmati di Bandaraya Kuching

0
227

Warga bandar raya Kuching kini boleh menikmati perkhidmatan wifi percuma di beberapa kawasan sekitar Kuching dengan pelancaran RA-Fi (Rakyat Wifi) oleh pihak dan Dewan Bandaraya Kuching Kuching (DBKU) pada 1 Ogos lalu, sempena Hari Bandaraya Kuching.

Buat masa ini, RA-Fi boleh digunapakai di kawasan sepanjang jalan ke lapangan terbang, Tebingan Sungai Sarawak (Kuching Waterfront), Padang Merdeka, Satok dan i-Com Square.

Pada masa hadapan, liputan RA-Fi akan meliputi Hospital Umum Sarawak, pasar raya The Spring, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan kawasan Petra Jaya.

Untuk menggunakan kemudahan tersebut, pengguna hanya perlu mendaftarkan diri dengan RA-Fi secara percuma.

Khidmat yang disediakan oleh PP Telecomunication Sdn. Bhd itu menelan kos sebanyak RM10 juta.

Untuk makluman, bandaraya Kuching adalah sebuah bandaraya yang terletak di Borneo Malaysia, dan ianya merupakan ibu negeri kepada Sarawak. – sarawakbloggers.net

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here