Pusat servis dan jualan Xiaomi di Plaza Merdeka, Kuching akan ditutup selama-lamanya dalam beberapa minggu lagi. Demikianlah yang dimaklumkan kepada kami beberapa hari lalu.
Penutupan pusat Xiaomi tersebut difahamkan adalah akibat jualan barangan dan servis Xiaomi yang kurang memberangsangan dimana ianya dipercayai berpunca daripada kemudahan pelanggan membeli barangan Xiaomi sendiri dari laman web Lazada, serta agen-agen Xiaomi lain. Saingan jenama-jenama lain juga turut difikirkan sedikit sebaanyak mempengaruhi penutupan satu-satunya cawangan Xiaomi di Sarawak itu.
Adalah difahamkan bahawa pusat servis dan jualan di Plaza Merdeka tersebut telah beberapa bulan terdahulu bukan lagi merupakan pusat rasmi Xiaomi setelah kontrak diantara syarikat pengendali cawangan tersebut dengan Xiaomi Malaysia berakhir dan tidak diperbaharui.
Disebabkan penamatan kontrak tersebut, pusat jualan tersebut telah bertukar nama kepada MiServ dan menutup logo Mi yang terpampang pada kedai berkenaan.
Kami difahamkan bahawa ekoran penutupan kedai tersebut, pihak syarikat Mi Serv kini sedang membuat jualan murah stok barangan Xiaomi yang mereka ada, dengan tawaran potongan harga serendah 70% diberi.