Laman Facebook Hal Ehwal Pelajar UNIMAS (MYHEP@UNIMAS) telah mengumumkan bahawa Pusat Khidmat Pelajar (PKP) universiti berkenaan telah berjaya mendapat pengembangan pensijilan MS ISO 9001:2008 setelah diaudit oleh SIRIM QAS.

Mengikut sumber tersebut, audit telah dilaksanakan oleh pihak SIRIM QAS pada 6 hingg 8 Jun 2012.

Pensijilan MS ISO 9001:2008 secara amnya menunjukkan sesuatu organisasi telahpun mencapai kualiti dari segi pengurusan dan prosedur kerja.