Professor Teo Kok Seong yang turut merupakan salah satu panel wawancara Bicara Rakyat yang disiarkan secara langsung di TV1 tadi, telah menyebut bahawa Perjanjian 20 Perkara dan Perjanjian 18 Perkara adalah perjanjian yang tidak rasmi.

Tajuk wawancara tersebut adalah “16 Sept Malaysia Melangkah ke Hadapan”.

Menurut Teo lagi, sungguhpun kedua-dua perjanjian (20 Perkara Sabah dan 18 Perkara Sarawak) tersebut tidak rasmi, terdapat elemen daripada kedua-dua perjanjian yang telah diserap masuk ke dalam Perlembagaan Malaysia.

Seorang lagi ahli panel YB Dato Abd Rahman Dahalan, yang merupakan seorang ahli parlimen Sabah, Deklarasi Malaysia menyatakan Malaysia terdiri dari semua negeri termasuk Sarawak dan Sabah, dan jika 20 Perkara di kembalikan, maka rakyat Sabah khususnya harus bersedia menerima Perkara Pertama yang berkaitan dengan status Islam sebagai agama rasmi di Sabah.

Beliau turut menambah bahawa Pekara Kedua 20 Perkara juga harus dikembalikan jika pihak pembangkang ingin mengembalikan perjanjian tersebut, yang mana menyebut bahawa bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi Sabah.

Dato Abdul Rahman dalam saat-saat terakhir wawancara tersebut juga menyatakan bahawa rakyat Sabah tidak suka akan slogan ‘Sabah for Sabahan’.