Seorang penyampai (DJ) di stesen radio Best 104 di Johor nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu.

Akhbar Sinar Harian melaporkan bahawa Julie Diana Omar Shariff, 34, sedang dalam perjalanan ke rumahnya di Kampung Sungi Danga apabila sebuah Proton Iswara berwarna merah menghadang perjalanannya di Lebuhraya Persisir Pantai.

Menurut akhbar tersebut, Julie kemudiannya ditarik keluar dari keretanya dan diculik. Sungguhpun demikian, pihak penculik membatalkan rancangan mereka dan bertindak melepaskan Julie.

Dua suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan.