Permodalan Nasional Berhad (PNB) melalui Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.60 sen seunit untuk Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2012.

Ia adalah peningkatan sebanyak 0.10 sen seunit berbanding tahun lalu.

Jumlah pembayaran kepada pelabur adalah sebanyak RM981.89 juta, yakni kenaikan sebanyak sembilan peratus berbanding pembayaran dividen berjumlah RM900.72 juta tahun lepas.

[Sumber berita]