Pemandu UBER dan GRAB yang mendapat pendapatan tahunan melebihi RM30,000 setahun perlu membayar cukai pendapatan.

Hal ini didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Sabin Masitah sambil menambah bahawa pihak LHDN mempunyai cara dan kaedah untuk mengesan individu yang gagal mengistiharkan pendapatan mereka.

Sabin dalam pada itu turut menjelaskan bahawa pendapatan RM30,000 adalah termasuk pendapatan tetap dan sambilan yang diperolehi dan pendapatan dari UBER atau GRAB adalah pendapatan komersial yang perlu diisi di dalam borang B.

Beliau turut menambah bahawa pihak LHDN boleh mendapatkan maklumat pendapatan mereka dari UBER dan GRAB jika wujud keperluan.

GRAB dan UBER adalah dua perkhidmatan perkongsian kereta yang kini beroperasi secara sah di Malaysia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.