Pemain Sarawak Ashri Chuchu (gambar) telah disenaraikan dalam skuad bawah 22 tahun Malaysia ke Piala AFC 2013 di Myanmar yang bermula 23 Julai ini.

Berita pemilihan Ashri dikhabarkan sendiri oleh jurulatih skuad bawah-22 tahun negara, Ong Kim Swee di dalam satu sidang media di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)..

Turut disenaraikan di dalam skuad tersebut adalah Mohd Farhan Abu Bakar, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Nazmi Faiz Mansor, D. Saarvindran, Mohd Fadhli Mohd Shas, Mohd Irfan Fazail (kapten), Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, A. Thamil Arasu, Shahrul Mohd Saad, Gary Steven Robbat, Nazirul Naim Che Hashim, Mohammad Amer Saidin, Mohamad Fandi Othman, Syahrul Azwari Ibrahim, Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Azzizan Nordin, Muhamad Ilham Amirullah Razali, Ashri Chuchu, Mohd Rozaimi Abdul Rahman, Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham, Mohd Aminuddin Mohd Noor, Muhammad Ariff Farhan Mohd Isa dan Wan Zack Haikal Wan Mohd Noor.