Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun di sebuah universiti tempatan di Samarahan bernasib baik kerana hanya cedera ringan selepas tergelincir dari salah sebuah tingkap di tingkat tiga kolej kediamannya.

Sumber berita tempatan melaporkan bahawa pengawal keselamatan universiti terdahulu telah mengesan pelajar tersebut sedang duduk dalam keadaan merbahaya di tingkap biliknya, dan mereka telah bertindak meletakkan tilam tebal di bawah pelajar berkenaan apabila menyedari pelajar tersebut sedang menangis.

Sumber sama turut menyebut bahawa warden kolej kediaman tersebut bergegas ke bilik pelajar berkenaan bagi memujuk dan bertanyakan punca situasi tersebut kepada pelajar berkenaan. Sungguhpun demikian, pelajar tersebut tergelincir dari tingkapnya sebelum jatuh menimpa bumbung bawah, dan mendarat di tilam yang disediakan pihak pengawal keselamatan.

Polis Samarahan ketika dihubungi mengesahkan kes tersebut dan memaklumkan bahawa universiti terlibat akan mengambil tindakan susulan.

Menurut akhbar tempatan, pelajar tersebut baru sahaja melaporkan diri di universiti berkenaan pada June lepas.

[Sumber berita]