Pelajar Program Bioteknologi Sumber Muhammad Fikry Bin Zukhi telah diumumkan sebagai Pembentang Terbaik di Persidangan Perwakilan Gerakan Pengguna Siswa Kebangsaan(GPS).

Persidangan ydianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah berlangsung pada 14-16 Mac lalu.

Muhammad Fikry telah menewaskan 23 pencabar dari universiti awan dan swasta lain dengan pembentangan beliau yang bertajuk “Pengambilan Mee Segera Di Kalangan Mahasiswa UNIMAS”.

Sumber: HEP UNIMAS