Sebanyak 380 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Siburan menerima komputer riba (netbook) 1Malaysia di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan Fasa ketiga.

Pengagihan netbook tersebut dilakukan di Dewan Serbaguna sekolah dan dikendalikan oleh pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Menurut sumber dari sekolah tersebut, pengagihan adalah dilaksanakan melalui peruntukan dibawah Parlimen Mambong.