Seorang pegawai Jabatan Perhutanan Sarawak (SFC) dikenakan denda RM100,000 atau penjara 24 bulan oleh Mahkamah Khas Rasuah atas tuduhan rasuah.

Joseph anak Selanjat, 52, dituduh menerima suapan bernilai RM20,000 daripada Rommy Ma’aruf sebagai galakkan agar tidak mengambil tindakan ke atas kesalahan Rommy yang membawa kayu balak secara haram ke Sibu.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kedai kopi berhampiran sebuah hotel di sibu pada Januari 21 tahun lepas.

Sumber: Bernama