Satu “Seminar Erti Kemerdekaan” akan diadakan pada 1 September 2012 di Auditorium Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak.

Seminar tersebut bertujuan untuk memupuk kesedaran kepada generasi muda tentang pengorbanan yang telah dibuat untuk mencapai kemerdekaan. selain mendalami erti kemerdekaan.

Ianya akan menampilkan sejarawan terkemuka YBhg Datin Paduka Dato’ Prof. Dr Hjh Ramlah binti Adam yang juga bekas Profesor di Universiti Malaya dan Lt. Kol. (B) Saiful Anuar Md Ali, bekas Pegawai Memerintah Batalion 6 Askar Melayu DiRaja (RAMD) dan kini merupakan seorang Pensyarah Kanan di UiTM Sarawak.

Antara isu utama yang akan dikupas termasuklah peranan generasi muda dalam mencapai kemerdekaan, serta cabaran dan harapan generasi muda dalam proses pembinaan negara Malaysia.

Sutu Pameran Miini Kemerdekaan juga akan diadakan di ruang lobi Pusat Pembangunan Pendidikan Yayasan Sarawak oleh pihak Arkid Negara.

Pandelela Rinong juga dijangka hadir di dalam satu slot khas bersama beliau untuk berkongsi pengalaman semasa sukan Olimpik 2012 di London.