Seorang wanita berusia 21 tahun dari Miri dilaporkan sebuah akhbar tempatan telah membuat laporan polis berkenaan satu kejadian pelik yang menimpanya di MJC semalam.

Mengikut laporan akhbar tersebut, wanita tersebut sedang dalam perjalanan balik ke rumah sewanya apabila seorang lelaki telah meluru ke arahnya.  Suspek kemudiannya menunjukkan kemaluan dan melalukan onani sebelum bertindak menyapukan air mani di muka mangsa sebelum melarikan diri bersama rakan yang sedang menunggu di motosikal berhampiran.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Batu Kawah.

[Sumber berita]