Akhbar The Borneo Post melaporkan bahawa lima pekerja sebuah syarikat penggerudian minyak di Miri cedera apabila berlakunya letupan di atas pelantar minyak tempat mereka bekerja.

Mengikut laporan akhbar berkenaan, kebakaran yang menyusul selepas letupan tersebut dapat dilihat dari Canada Hill, Miri.

Laporan akhbar tersebut turut menyebut Bernard Christhoper, Joseph Brandah Buar, Steven Anyi, Sabri Khan dan Mohd Syahrizat sebagai pekerja yang tercedera.

Pihak Petronas dalam kenyataan medianya menyatakan bahawa letupan tersebut telah berlaku pada jam 9.20pagi di Pelantar Penggalian platform B, Tukau (TKDP-B).

Kesemua mangsa dilaporkan telah dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan.