Mahkamah Sesyen di Tawau menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan terhadap seorang lelaki kerana merogol kekasihnya yang baru berusia 15 tahun, Mei lepas.

Hakim Egusra Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Basir Bambang, 23, berbangsa Timor yang hanya memiliki sijil lahir setelah mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Mengikut pertuduhan, Basri melakukan perbuatan itu pada 19 Mei 2012 kira-kira jam 11.30 malam di dalam bilik T314A Ladang Table, Kg Arongan Bombalai dengan kerelaan mangsa iaitu kekasihnya.

Ibu bapa kekasihnya telah menggesa pengadu agar laporan polis dibuat setelah mengetahui perbuatan yang dilakukan tertuduh.

Sumber – New Sabah Times