Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa lampu isyarat berhadapan Penview Inn bakal digunakan esok bermula jam 6 pagi.

Kenyataan tersebut di laporkan oleh akhbar Borneo Post.

Lampu isyarat tersebut merupakan salah satu bahagian di dalam projek naik taraf jalan yang menghubungkan kawasan Stutong/Tabuan di Kuching ke kawasan Pending (kawasan sekitar Penview Inn).

Ianya dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Pada awal bulan ini, jembatan kedua merentasi sungai Tabuan Melayu telah dibuka untuk kegunaan orang ramai.