Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dilaporkan kecewa dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang lewat menyiapkan dua blok bangunan dan satu surau untuk Sekolah Menengah Sains (SMS) Miri.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohamad Puad Zarkashi menyatakan bahawa beliau telah menerima pelbagai alasan berkenaan sebab projek tersebut lewat disiapkan, termasuklah masalah pendawaian dan kekurangan pekerja.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau berharap projek bernilai RM10.9 juta itu akan disiapkan sebelum September ini.

[Sumber Berita]