Sebuah kem tentera baru telah dicadangkan di Bintulu bagi memperkukuhkan kawalan keselamatan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Kem yang dicadangkan akan terletak tidak jauh dari Bandar Bintulu, dan ianya kini hanya menunggu keputusan dan peruntukan kerajaan pusat untuk dibangunkan.

Kem yang bakal dibina itu dijangkakan akan menjadi kem tentera terbesar di Sarawak.

-Berita Harian