Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memberikan wang bantuan sebanyak RM500 atau gaji setengah bulan bagi semua penjawat awam berikutan Hari Raya yang bakal tiba.

Menurut beberapa sumber berita, Perdana Menteri juga mengumumkan bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

Bayaran khas dan bonus tersebut akan dibayar pada 5 Ogos ini.