Ketua Polis Sarawak telah dilaporkan menyatakan bahawa Sarawak mencatatkan penurunan kes jenayah sebanyak 12 peratus dalam enam bulan pertama tahun ini.

Menurut beliau, indeks jenayah yang dilaporkan berkurangan sebanyak 659 kes jika dibandingkan dengan tahun lepas, sambil memaklumkan bahawa kadar jenayah di luar bandar kekal tinggi.

Beliau turut dilaporkan berkata bahawa pihak polis akan mempertingkatkan prestasi bagi memastikan keselamatan rakyat sentiasa terjamin, dan polis akan bertindak memperbanyakkan rondaan di kawasan yang dikenal pasti sebagai kawasan ‘panas’.

[Sumber Berita]