Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan (MPP) Lo Khere Chiang telah menegaskan bahawa lintasan belang dan lampu isyarat yang dipasang berhampiran jejantas Siburan merupakan ikhtiar Jabatan Kerja Raya (JKR) dan bukan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurut laporan akhbar Borneo Post, Lo menyatakan bahawa langkah memperkenalkan kedua-dua kemudahan tersebut adalah hanya sementara, iaitu bagi membolehkan kerja baik pulih dilaksanakan terhadap jejantas berhampiran yang retak akibat dilanggar lori.

Beliau berkata bahawa kerja-kerja memperbaiki jejantas tersebut dijangka siap sepenuhnya pada bulan Oktober ini.

Gambar menunjukkan jejantas di Siburan diambil dari Borneo Post.