Jambatan sepanjang 150 meter yang merentangi Sungai Tabuan kini telah dibuka kepada umum dan ia menggambarkan keadaan projek naik taraf Jalan Tabuan Melayu sudah kini hampir selesai.

Menteri bertanggungjawab Dato Sri Michael Manyin Jawong dilaporkan menyatakan bahawa projek tersebut apabila siap bakal mengurangkan kesesakan jalan raya yang berkait rapat dengan jalan menuju kawasan perindustrian Sama Jaya dan Kuching Ithmus.

Beliau juga dilaporkan oleh akhbar Borneo Post sebagai berkata projek itu bakal siap sepenuhnya pada penghujung tahun ini.

Jambatan Sungai Tabuan. Gambar oleh teajayjunior.blogspot.com