Jalan Salim/Stabau sedang dinaik taraf dan dijangka siap sepenuhnya pada bulan Ogos ini.

Projek jalanraya berkembar tersebut menelan belanja sebanyak RM1 juta dan ianya bermula dari lampu isyarat Salim, sehingga ke Muzium Persatuan Foochow.

Menurut laporan Borneo Post, kerja naik taraf jalan raya tersebut melibatkan penambahan saiz yakni daripada 6.6m kepada 14m. Ianya juga bakal dilengkapi dengan bahu jalan.

Kerja-kerja penambahbaikan jalan sepanjang 0.7km tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya dengan kerja-kerja landskap dilaksanakan Majlis Perbandaran Sibu.