Internet tanpa had kini hanya RM80 sebulan

0
517

Kuota internet, atau data kini menjadi keperluan harian bagi ramai pengguna media sosial dan ianya amat mengecewakan apabila anda tidak dapat melayari internet disebabkan kuota internet anda telah habis.

Menyedari hakikat itu, Digi telah memperkenalkan kuota internet tanpa had secara eksklusif kepada sesiapa yang sanggup membayar RM80 sebulan untuk pelan pasca bayarnya, Digi Postpaid INFINITE.

Menurut laman rasmi Digi, pelan INFINITE ini dibahagikan kepada dua, yakni 150 INFINITE dan 80 INFINITE, yang mana kedua-dua akan memberikan penggunanya panggilan percuma, serta internet berkelajuan tinggi tanpa had atau kuota, tanpa mengira masa.

Pelan ini adalah hampir sama dengan pelan webe, namun pada harga lebih murah.

Antara terma yang perlu anda ketahui adalah bahawa pelan 80 INFINITE tidak membenarkan anda berkongsi talian internet anda secara ‘tethering’ dimana anda perlu membayar langganan khas sebanyak RM10 sebulan untuk menggunakan kemudahan tersebut. Kelajuan perkongsian internet juga dihadkan kepada 5Mbps, dengan kuota 5GB sahaja. Walaubagaimanapun, buat masa ini, promosi DiGi menawarkan khidmat ini secara percuma selama 12 bulan kepada 10,000 pelanggan pertama 80 INFINITE.

Bagi yang melangani 150 INFINITE, yuran ‘tethering’ tidak dikenakan, dan tiada had dikenakan keatas kelajuan internet anda. Dalam pada itu, 150 INFINITE dilihat sebagai pilihan lebih baik bagi pengguna internet tegar.

Adalah juga difahamkan anda tidak perlu mengikat diri dengan sebarang kontrak bagi pelan INFINITE, namun anda juga tidak dibenarkan menggabungkan pelan INFINITE ini bersama pembelian perkakasan lain seperti telefon pintar.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pelan INFINITE Digi, sila ke laman web Digi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here