Perayaan Hari Malaysia yang diadakan di kawasan lapangan terbang lama Bintulu disambut penuh meriah dengan ribuan penduduk Bintulu membanjiri kawasan perayaan sungguhpun hujan lebat turun.

Persembahan khas sempena Hari Malaysia di Bintulu

Antara yang disajikan adalah persembahan khas artis tempatan dan juga tarian kebudayaan yang mewakili semua kaum di Malaysia.

Turut menyerikan perayaan adalah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.