Akhbar The Star melaporkan bahawa wujud permintaan dari kalangan pendidik yang memohon agar pekeliling melarang guru mengenakan pakaian tradisi kaum lain semasa bertugas diubahsuai atau ditarik balik.

Mengikut laporan akhbar tersebut, larangan tersebut juga dikenakan terhadap pensyarah wanita di politeknik dan institut perguruan, serta staf di pejabat pendidikan peringkat daerah dan negeri.

Pekeliling yang dikeluarkan pada May 1985 itu didakwa oleh sesetengah pihak sebagai tidak logik dan tidak membantu di dalam mempromosikan perpaduan kaum.

Ianya turut mendapat bantahan daripada pelbagai pihak dengan presiden CUEPACS Datuk Omar Osman menyatakan bahawa arahan tersebut harus dimansuhkan.