Belia Miri dijemput untuk menghadiri pelancaran program “Young Souls & the City” dan Gegaran Belia pada 15 Jun ini bersempena program Absolute Youth Quake di Miri City Fan.

Program tersebut dijangka bermula seawal jam 7:30 pagi pada 15 Jun ini, dan ianya akan diserikan oleh kumpulan penyanyi The Sharpest, SMK Subis, ReadySteadyGo, Phoebe Woodford & Charles, Ir Radzi dan SJK(C) Chung Hua Miri.

Selain daripada program Gegaran Belia, pihak AZAM Sarawak yang merupakan penganjur juga menjemput belia Miri mengikuti program “Younite against Crime”. Mereka yang berminat walaubagaimanapun perlu menempah tempat di acara tersebut dengan menghubungi walik AZAM Sarawak, Belinda di talian 082-411799.

Mengikut wakil AZAM Sarawak Mark Nyambang, AZAM Sarawak berharap belia yang menghadiri berupaya menyertai satu “perjalanan” yang unik dalam menimba ilmu, mencungkil bakat dan menggilap kemahiran untuk menyumbang kepada Gelombang Kedua Pembangunan Negeri Sarawak.