Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan bahawa format Piala Malaysia bagi tahun hadapan kekal seperti sedia ada, yang mana akan hanya menyaksikan 16 pasukan bertanding untuk merebut piala berprestij tersebut.

Menurut laporan media, keputusan tersebut telah dipersetujui Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM dan ianya telah dipengerusikan oleh Presiden FAM Sultan Ahmad Shah.

Mengikut format sedia ada sepuluh pasukan teratas yang akan bertanding merebut Piala Malaysia akan diambil dari sepuluh pasukan teratas Liga Super, mnakala empat pasukan lagi akan dipilih dari empat pasukan teratas Liga Primer. Dua lagi pasukan akan ditentukan melalui perlawanan ‘play-off’.

FAM dalam sidang media selepas mesyuarat tersebut menyatakan bahawa keputusan mengekalkan format Piala Malaysia adalah bukti FAM peka terhadap permintaan sekeliling.