KUCHING: Finalis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011, termasuk pelakon popular Ombak Rindu Aaron Aziz diserbu sekitar 500 peminat ketika siri jelajah ABPBH petang tadi.


Rombongan yang sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 10.10 pagi tadi disambut oleh Kumpulan Kebudayaan Sarawak (Sarawak Cultural Group) dan juga para peminat.

Siri jelajah ABPBH 2011 untuk Sarawak diadakan di The Hill Shopping Centre, Kuching.

Turut sama bersama rombongan adalah Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz, Tasha Shilla, Nur Fathia, Azrel Ismail, Fadlan VIP dan Hazama.

Gambar diatas adalah diambil oleh Erlinda Mikal.

1 COMMENT

Comments are closed.