Kumpulan Syarikat Emart dikatakan akan membuka satu lagi cawangan baharu yang terbesar di Sarawak. Cawngan tersebut dikatakan mempunyi 99 unit rumah kedai dan terletak di Bandar Baru Batu Kawa.

Pengurus Besar Kumpulan Syarikat E-mart Ling Tien Beng berkata bahawa pembinaan cawangan baharu itu dijangka siap pada 2014 kelak.

Fasa pertama projek itu dijangka siap pada suku keempat 2013 manakala fasa kedua pula dijangka siap dalam suku kedua 2014.

E-Mart Batu Kawah dijangka mempunyai 1,600 tempat letak kereta dan adalah terletak dikawasan seluas 8.9 ekar yang mana 75 peratus kawasan tersebut akan diliputi kawasan berhawa dingin. Sejumlah 300 gerai dan ruang makanan halal turut akan diberi tempat di pasaraya tersebut.