Kompleks Islam Negeri Sarawak yang bernilai RM100 juta dikatakan akan siap sepenuhnya pada bulan Oktober ini.

Kompleks yang dibina di atas tanah seluas 2.07 hektar di Jalan P. Ramlee, Kuching akan menempatkan pelbagai agensi yang berkait rapat dengan agama Islam serta pejabat residen dan perpustakaan.

Turut dimasukkan di dalam perancangan pembinaan kompleks ini adalah pusat membeli belah. Mengikut laporan sebuah akhbar tempatan, dua tingkat pertama yang ditetapkan sebagai sebagai kawasan membeli belah telahpun di sewa sepenuhnya.

Pembinaan Kompleks Islam Sarawak dijangka siap pada bulan Februari lepas, tetapi ianya terpaksa ditunda ke bulan Oktober apabila pihak pemaju menghadapi sedikit masalah teknikal.

[Sumber Berita]